Thursday

Tips Membeli Spare Part Kereta - Elakkan TERTIPU!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, dapat lagi update blog ni. Post kali ini adalah mengenai cara yang bertul untuk membeli spare part kereta. Untuk pengetahuan anda semua, dalam pasaran terdapat lebih kurang 5 grade spare part. 5 grade inilah yang banyak mengelirukan pembeli dan agak ramai yang telah tertipu. Pengalaman saya sendiri, jika tidak ditanya mengenai spare part yang hendak dibeli, penjual akan terus memberi kita spare part yang bergred paling rendah dan ditawarkan dengan harga mahal pada awalnya. Setelah ditanya, barulah diberitahu spare part tersebut mempunyai banyak gred. Mungkin tidak semua kedai begitu tapi sebaiknya anda BERHATI-HATI. 



Anda perlu tahu bahawa spare part kereta yang original hanya datang dari negara pengeluar seperti Jepun dan United Kingdom. Harga pula biasanya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Spare part ini pastinya mempunyai kualiti yang cukup memuaskan dan penjual akan memberi jaminan sepenuhnya terhadap produk seperti ini. Terdapat juga spare part original tetapi dibuat di Malaysia oleh syarikat yang mendapat lesen pengeluar. Harganya lebih murah namun kualitinya masih baik dan dijamin oleh penjual. 


Seterusnya masuk ke bahagian spare part kereta tiruan. Ada spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya cukup murah tetapi kualiti dan ketahanan barang pula tidak dapat ditentukan. Anda masih boleh memiliki spare part tiruan ini.

Sekarang masuk pula ke bahagian spare part recon yang mana anda perlu BERHATI-HATI. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh MENYEBABKAN KEROSAKAN yang teruk kepada enjin kereta sekiranya jika kita menggunakannya. Dari segi harga pula adalah sama seperti barangan spare part tiruan di atas dan sukar untuk kita melihat perbezaan antara spare part recon dan spare part tiruan.

Seterusnya mengenai spare part kereta daripada barangan yang telah digunapakai iaitu barangan secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan 100% original tetapi terpakai. Harganya yang diberikan biasanya separuh daripada harga barangan barangan. Kualiti barangan pula bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Kebiasaannya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Bagaimana cara kita nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Saya akan menerangkan tentang perbezaan barangan original, recon dan barangan yang telah digunapakai (second hand).

Cara pertama ialah, kita ambil contoh Timing belt iaitu antara spare part kereta yang paling penting. Timing belt original jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan salah satu cara untuk kesahihan cetakan nombor itu ialah dengan menggunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang recon. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan original atau spare part tiruan. Selepas menggunakan barangan recon selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan jika dihantar untuk dibaiki, mekanik akan cuba untuk adjust. Setakat ini, tiada lagi dijumpai barangan second hand untuk Timing Belt.

Seterusnya mengenai minyak enjin. Berhati-hati dengan penjualan minyak enjin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak kitar semula atau recon. Bukan sahaja minyak enjin yang perlu diberi perhatian. Spare part kereta yang lain plug, absorber, clutch plate, brake pad, oil filter, air filter juga perlu diambil kira. Cara untuk mengenali keaslian minyak enjin ialah minyak enjin original biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak enjin recon kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Untuk absorber pula, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber yang sudah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Jika dilihat pada absorber recon, lubang tu sudah pun ditutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. 

Cara untuk mengenalpasti gred clutch plate pula dapat dilihat pada perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. 

Plug tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya kita akan dapat kesan kerana plug recon, jangka hayatnya tidak lama.

Saya tidak dapat menerangkan mengenai spare part kereta dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan original, tiruan, recon dan terpakai (second hand) cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama tetapi berlainan kategori.

Sebelum mengundur diri, pesanan saya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan original, tiruan, recon atau terpakai. Saya cadangankan beli barangan original atau tiruan walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang. 

Pelaburan yang baik ialah pelaburan yang memberi kesan yang baik untuk jangka masa yang panjang. PERHATIAN. Jom berjimat dengan Hyper i-Charge, produk penjimatan minyak terlaris. Maklumat mengenai cara Hyper i-Charge berfungsi di SINI. Lengkap dengan video dan testimony.

Sekian, Wassalam.

Wednesday

Guna Ubat Gegat Untuk Jimat Minyak? Berani Mencuba?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda? Terima kasih kerana sudi siggah di blog ini. Pernahkan anda mendengar mengenai perihal ubat gegat yang berkesan dalam menjimatkan minyak. Topik ini sebenarnya dah lama dah.



Antara info yang pernah saya dapat, ubat gegat ini sememangnya membantu dalam melancarkan pembakaran bahan bakar. Namun, apa yang terjadi ialah karbon akan terkumpul dengan banyaknya pada piston anda. Maklumat yang saya dapat tu daripada sini http://www.wangcyber.com/forum/survey-and-poll/47959-guna-ubat-gegat-utk-jimat-minyk-kenderaan.html

Bagaimana ubat gegat ni boleh membantu dalam melancarkan pembakaran? Ubat gegat apabila bercampur dengan petrol akan mengeluarkan gas yang mana dapat menyambar percikan api. Dengan adanya gas ini, pembakaran petrol akan menjadi lebih cepat. http://ezany-kun.com/tips-jimat-minyak-kereta/.

Jika anda selongkar di google, agak ramai yang buat post tentang cara ni dan mungkin diorang puas hati. Terus terang saya katakan, saya memang tak berani nak cuba sesuatu yang perlu dimasukan ke dalam tangki minyak. Saya agak risau dengan sesuatu yang perlu dimasukan ke dalam tangki minyak ni. Hehe.

Jika betul anda nak jimatkan penggunaan minyak kenderaan anda, saya cadangkan anda guna Hyper i-Charge yang saya tawarkan di sini. Ada video cara macam mana Hyper i-Charge berfungsi dan testimoni. Nak tahu lebih lanjut mengenai Hyper i-Charge boleh klik SINI. Harga berpatutan dan sekarang ada BONUS untuk pembeli bertuah.

Sekian dahulu post untuk kali ini.

Wassalam..
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda? Ribuan terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah di blog saya ini. Alhamdulillah, dapat juga setup blog ni yang mana bagi saya agak susah. Zaman sekarang, dengan keadaan harga barang yang semakin hari semakin meningkat naik, ramai yang telah mengambil langkah untuk berjimat. Ada sesetengah yang terpaksa menghadkan perbelanjaan dengan mengurangkan pengaliran wang terhadap sesuatu yang kurang perlu. Itu cukup BAGUS namun apa yang LEBIH BAGUS ialah anda berjaya melakukan penjimatan terhadap barang yang penting dan perlu ada. Antara barang yang perlu ada ialah MINYAK KENDERAAN anda. Betul tak? Pada pendapat saya, agak mustahil untuk tidak mengisi minyak kenderaan anda dan LANGKAH BIJAK yang anda perlu lakukan ialah menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda. BAGAIMANA????



Anda masuk ke blog ini bermakna anda berkemungkinan sedang mencari tips atau peralatan atau kedua-duanya yang mana dapat membantu anda dalam usaha untuk menjimatkan minyak kenderaan anda. Betul tak? Di sini, insyaallah saya akan sertakan beberapa tips dan juga peralatan yang mana saya yakin dapat membantu anda. Mungkin ada di antara anda yang sudah pernah membaca tips seperti ini di mana-mana. Kita teruskan dengan TIPS PENJIMATAN MINYAK.

Tips pertama yang dapat anda amalkan ialah elakkan menekan minyak secara mengejut atau dengan kuat semasa enjin hidup. Untuk menggerakkan kenderaan, apa yang perlu anda lakukan ialah menambah kelajuan secara perlahan-lahan. Perbuatan menekan minyak secara mengejut akan meningkatkan penggunaan petrol bertambah sebanyak lebih kurang 2 kali ganda dan jumlah ini agak besar. Jumlah ini mungkin bertambah sekiranya anda menekan minyak secara mengejut dan kemudiannya membrek secara mengejut.

Tips kedua pula ialah memanaskan enjin dengan cara memandu. Bunyinya mungkin agak pelik namun apa yang perlu anda sedar ialah kebanyakan kenderaan sekarang, terutamanya kereta tidak lagi menggunakan karburator. Apa yang perlu anda buat tunggu lebih kurang 1 minit selepas menghidupkan enjin, kemudian tarik injap ketika memandu dan ini dapat memanaskan enjin kereta anda. Biasanya, selepas 2 km, suhu enjin kereta anda sudah mencapai tahap yang sesuai.

Tips yang terakhir dapat saya kongsikan di sini ialah, jangan terburu-buru semasa mengisi minyak. Apabila pam minyak sudah berhenti, itu bermakna minyak di dalam tangki anda sudah penuh dan jika anda menekan semula "picu" minyak tersebut, kemungkinan akan berlaku limpahan ke atas jalan raya dan ini sudah tentu membazir serta mencemarkan alam sekitar.

Di atas adalah tips2 yang mana dapat membantu anda dalam menjimatkan penggunaan petrol anda. "Err, perenggan muqaddimah ada menyatakan penggunaan peralatan. Mana PERALATANNYA???". Bayangkan jika anda mengamalkan tips di atas kemudian disertakan peralatan yang saya cadangkan ini. Klik sini untuk dapatkan peralatan tersebut.