Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, dapat lagi
update blog ni. Post kali ini adalah mengenai cara yang bertul untuk membeli spare
part kereta. Untuk pengetahuan anda semua, dalam pasaran
terdapat lebih kurang 5 grade spare part. 5 grade inilah yang banyak
mengelirukan pembeli dan agak ramai yang telah tertipu. Pengalaman saya
sendiri, jika tidak ditanya mengenai spare part yang hendak dibeli, penjual akan
terus memberi kita spare part yang bergred paling rendah dan ditawarkan dengan
harga mahal pada awalnya. Setelah ditanya, barulah diberitahu spare part
tersebut mempunyai banyak gred. Mungkin tidak semua kedai begitu tapi sebaiknya
anda BERHATI-HATI.
Anda perlu tahu bahawa spare
part kereta yang original hanya datang dari negara pengeluar seperti Jepun
dan United Kingdom. Harga pula biasanya sangat mahal dan hanya boleh didapati
daripada pengedar yang sah. Spare part ini pastinya mempunyai kualiti yang
cukup memuaskan dan penjual akan memberi jaminan sepenuhnya terhadap produk
seperti ini. Terdapat juga spare part original tetapi dibuat di Malaysia
oleh syarikat yang mendapat lesen pengeluar. Harganya lebih murah namun
kualitinya masih baik dan dijamin oleh penjual.
Seterusnya masuk ke bahagian spare part kereta tiruan. Ada spare part tiruan yang dibuat di
Malaysia atau di negara lain yang mana harganya cukup murah tetapi kualiti dan
ketahanan barang pula tidak dapat ditentukan. Anda masih boleh memiliki spare
part tiruan ini.
Sekarang masuk pula ke bahagian spare part recon yang mana anda
perlu BERHATI-HATI. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh MENYEBABKAN
KEROSAKAN yang teruk kepada enjin kereta sekiranya jika kita menggunakannya.
Dari segi harga pula adalah sama seperti barangan spare part tiruan di atas dan
sukar untuk kita melihat perbezaan antara spare part recon dan spare part
tiruan.
Seterusnya mengenai spare
part kereta daripada barangan yang telah digunapakai iaitu barangan
secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan 100% original tetapi
terpakai. Harganya yang diberikan biasanya separuh daripada harga barangan
barangan. Kualiti barangan pula bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan.
Kebiasaannya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.
Bagaimana cara kita nak mengenali barangan ini kesemua barangan
ini. Saya akan menerangkan tentang perbezaan barangan original, recon dan
barangan yang telah digunapakai (second hand).
Cara pertama ialah, kita ambil contoh Timing belt iaitu antara spare part kereta yang paling penting.
Timing belt original jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita
rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan
salah satu cara untuk kesahihan cetakan nombor itu ialah dengan menggunakan
kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh
keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang recon. Tapi kalau kuku kita
yang nak tertanggal, ia barangan original atau spare part tiruan. Selepas
menggunakan barangan recon selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan
mendengar bunyi seperti belt longgar dan jika dihantar untuk dibaiki, mekanik
akan cuba untuk adjust. Setakat ini, tiada lagi dijumpai barangan second hand
untuk Timing Belt.
Seterusnya mengenai minyak enjin. Berhati-hati dengan penjualan
minyak enjin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak kitar semula atau
recon. Bukan sahaja minyak enjin yang perlu diberi perhatian. Spare part kereta yang lain plug,
absorber, clutch plate, brake pad, oil filter, air filter juga perlu diambil
kira. Cara untuk mengenali keaslian minyak enjin ialah minyak enjin original
biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak enjin
recon kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.
Untuk absorber pula, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat
yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber yang sudah rosak atau oil sealnya
dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber
tersebut. Jika dilihat pada absorber recon, lubang tu sudah pun ditutup oleh
skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable.
Cara untuk mengenalpasti gred clutch plate pula
dapat dilihat pada perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet
yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal.
Plug tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas
menggunakannya kita akan dapat kesan kerana plug recon, jangka hayatnya tidak
lama.
Saya tidak dapat menerangkan mengenai spare part kereta dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara
barangan original, tiruan, recon dan terpakai (second hand) cuma boleh dilihat
sekiranya terdapat dua barangan yang sama tetapi berlainan kategori.
Sebelum mengundur diri, pesanan saya, pastikan sebelum membeli
spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan
original, tiruan, recon atau terpakai. Saya cadangankan beli barangan original
atau tiruan walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita
dalam jangka panjang.
Pelaburan yang baik ialah pelaburan yang memberi kesan yang baik
untuk jangka masa yang panjang. PERHATIAN. Jom berjimat dengan Hyper i-Charge,
produk penjimatan minyak terlaris. Maklumat mengenai cara Hyper i-Charge berfungsi
di SINI. Lengkap dengan video dan testimony.
Sekian, Wassalam.
The Best Casino & Hotel Rates in Washington, D.C.
ReplyDeleteMapYRO 아산 출장마사지 Casino 진주 출장마사지 Resort is the ultimate destination for entertainment 안산 출장마사지 and dining in Washington D.C. 성남 출장안마 and offers a variety of 안성 출장마사지 entertainment options.