Wednesday

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda? Ribuan terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah di blog saya ini. Alhamdulillah, dapat juga setup blog ni yang mana bagi saya agak susah. Zaman sekarang, dengan keadaan harga barang yang semakin hari semakin meningkat naik, ramai yang telah mengambil langkah untuk berjimat. Ada sesetengah yang terpaksa menghadkan perbelanjaan dengan mengurangkan pengaliran wang terhadap sesuatu yang kurang perlu. Itu cukup BAGUS namun apa yang LEBIH BAGUS ialah anda berjaya melakukan penjimatan terhadap barang yang penting dan perlu ada. Antara barang yang perlu ada ialah MINYAK KENDERAAN anda. Betul tak? Pada pendapat saya, agak mustahil untuk tidak mengisi minyak kenderaan anda dan LANGKAH BIJAK yang anda perlu lakukan ialah menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda. BAGAIMANA????



Anda masuk ke blog ini bermakna anda berkemungkinan sedang mencari tips atau peralatan atau kedua-duanya yang mana dapat membantu anda dalam usaha untuk menjimatkan minyak kenderaan anda. Betul tak? Di sini, insyaallah saya akan sertakan beberapa tips dan juga peralatan yang mana saya yakin dapat membantu anda. Mungkin ada di antara anda yang sudah pernah membaca tips seperti ini di mana-mana. Kita teruskan dengan TIPS PENJIMATAN MINYAK.

Tips pertama yang dapat anda amalkan ialah elakkan menekan minyak secara mengejut atau dengan kuat semasa enjin hidup. Untuk menggerakkan kenderaan, apa yang perlu anda lakukan ialah menambah kelajuan secara perlahan-lahan. Perbuatan menekan minyak secara mengejut akan meningkatkan penggunaan petrol bertambah sebanyak lebih kurang 2 kali ganda dan jumlah ini agak besar. Jumlah ini mungkin bertambah sekiranya anda menekan minyak secara mengejut dan kemudiannya membrek secara mengejut.

Tips kedua pula ialah memanaskan enjin dengan cara memandu. Bunyinya mungkin agak pelik namun apa yang perlu anda sedar ialah kebanyakan kenderaan sekarang, terutamanya kereta tidak lagi menggunakan karburator. Apa yang perlu anda buat tunggu lebih kurang 1 minit selepas menghidupkan enjin, kemudian tarik injap ketika memandu dan ini dapat memanaskan enjin kereta anda. Biasanya, selepas 2 km, suhu enjin kereta anda sudah mencapai tahap yang sesuai.

Tips yang terakhir dapat saya kongsikan di sini ialah, jangan terburu-buru semasa mengisi minyak. Apabila pam minyak sudah berhenti, itu bermakna minyak di dalam tangki anda sudah penuh dan jika anda menekan semula "picu" minyak tersebut, kemungkinan akan berlaku limpahan ke atas jalan raya dan ini sudah tentu membazir serta mencemarkan alam sekitar.

Di atas adalah tips2 yang mana dapat membantu anda dalam menjimatkan penggunaan petrol anda. "Err, perenggan muqaddimah ada menyatakan penggunaan peralatan. Mana PERALATANNYA???". Bayangkan jika anda mengamalkan tips di atas kemudian disertakan peralatan yang saya cadangkan ini. Klik sini untuk dapatkan peralatan tersebut.

No comments:

Post a Comment