Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda? Terima kasih kerana sudi siggah di blog ini. Pernahkan anda mendengar mengenai perihal ubat gegat yang berkesan dalam menjimatkan minyak. Topik ini sebenarnya dah lama dah.
Antara info yang pernah saya dapat, ubat gegat ini sememangnya membantu dalam melancarkan pembakaran bahan bakar. Namun, apa yang terjadi ialah karbon akan terkumpul dengan banyaknya pada piston anda. Maklumat yang saya dapat tu daripada sini http://www.wangcyber.com/forum/survey-and-poll/47959-guna-ubat-gegat-utk-jimat-minyk-kenderaan.html
Bagaimana ubat gegat ni boleh membantu dalam melancarkan pembakaran? Ubat gegat apabila bercampur dengan petrol akan mengeluarkan gas yang mana dapat menyambar percikan api. Dengan adanya gas ini, pembakaran petrol akan menjadi lebih cepat. http://ezany-kun.com/tips-jimat-minyak-kereta/.
Jika anda selongkar di google, agak ramai yang buat post tentang cara ni dan mungkin diorang puas hati. Terus terang saya katakan, saya memang tak berani nak cuba sesuatu yang perlu dimasukan ke dalam tangki minyak. Saya agak risau dengan sesuatu yang perlu dimasukan ke dalam tangki minyak ni. Hehe.
Jika betul anda nak jimatkan penggunaan minyak kenderaan anda, saya cadangkan anda guna Hyper i-Charge yang saya tawarkan di sini. Ada video cara macam mana Hyper i-Charge berfungsi dan testimoni. Nak tahu lebih lanjut mengenai Hyper i-Charge boleh klik SINI. Harga berpatutan dan sekarang ada BONUS untuk pembeli bertuah.
Sekian dahulu post untuk kali ini.
Wassalam..
Blog Ini Mengandungi Cara Dan Peralatan Yang Diyakini Berkesan Dalam Menjimatkan Minyak Kenderaan Anda. Cuba Dulu Baru Tahu! Maklumat Seperti Harga Dan Lain-lain Di Blog Ini Akan Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa Untuk Penambahbaikan.
Wednesday
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda? Ribuan terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah di blog saya ini. Alhamdulillah, dapat juga setup blog ni yang mana bagi saya agak susah. Zaman sekarang, dengan keadaan harga barang yang semakin hari semakin meningkat naik, ramai yang telah mengambil langkah untuk berjimat. Ada sesetengah yang terpaksa menghadkan perbelanjaan dengan mengurangkan pengaliran wang terhadap sesuatu yang kurang perlu. Itu cukup BAGUS namun apa yang LEBIH BAGUS ialah anda berjaya melakukan penjimatan terhadap barang yang penting dan perlu ada. Antara barang yang perlu ada ialah MINYAK KENDERAAN anda. Betul tak? Pada pendapat saya, agak mustahil untuk tidak mengisi minyak kenderaan anda dan LANGKAH BIJAK yang anda perlu lakukan ialah menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda. BAGAIMANA????
Anda masuk ke blog ini bermakna anda berkemungkinan sedang mencari tips atau peralatan atau kedua-duanya yang mana dapat membantu anda dalam usaha untuk menjimatkan minyak kenderaan anda. Betul tak? Di sini, insyaallah saya akan sertakan beberapa tips dan juga peralatan yang mana saya yakin dapat membantu anda. Mungkin ada di antara anda yang sudah pernah membaca tips seperti ini di mana-mana. Kita teruskan dengan TIPS PENJIMATAN MINYAK.
Tips pertama yang dapat anda amalkan ialah elakkan menekan minyak secara mengejut atau dengan kuat semasa enjin hidup. Untuk menggerakkan kenderaan, apa yang perlu anda lakukan ialah menambah kelajuan secara perlahan-lahan. Perbuatan menekan minyak secara mengejut akan meningkatkan penggunaan petrol bertambah sebanyak lebih kurang 2 kali ganda dan jumlah ini agak besar. Jumlah ini mungkin bertambah sekiranya anda menekan minyak secara mengejut dan kemudiannya membrek secara mengejut.
Tips kedua pula ialah memanaskan enjin dengan cara memandu. Bunyinya mungkin agak pelik namun apa yang perlu anda sedar ialah kebanyakan kenderaan sekarang, terutamanya kereta tidak lagi menggunakan karburator. Apa yang perlu anda buat tunggu lebih kurang 1 minit selepas menghidupkan enjin, kemudian tarik injap ketika memandu dan ini dapat memanaskan enjin kereta anda. Biasanya, selepas 2 km, suhu enjin kereta anda sudah mencapai tahap yang sesuai.
Tips yang terakhir dapat saya kongsikan di sini ialah, jangan terburu-buru semasa mengisi minyak. Apabila pam minyak sudah berhenti, itu bermakna minyak di dalam tangki anda sudah penuh dan jika anda menekan semula "picu" minyak tersebut, kemungkinan akan berlaku limpahan ke atas jalan raya dan ini sudah tentu membazir serta mencemarkan alam sekitar.
Di atas adalah tips2 yang mana dapat membantu anda dalam menjimatkan penggunaan petrol anda. "Err, perenggan muqaddimah ada menyatakan penggunaan peralatan. Mana PERALATANNYA???". Bayangkan jika anda mengamalkan tips di atas kemudian disertakan peralatan yang saya cadangkan ini. Klik sini untuk dapatkan peralatan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)